Monday, December 5, 2011

Wanita Kini


Alahhh...hari ini hatiku rimas..bunyian menceceh-ceceh dengan rumahtangga yang sentiasa bahagia..rimas mendengar cerita-cerita kawin dari sahabatku..impiannya tinggi betul..seakan-akan hidupnya dilahirkan untuk perkahwinan dengan lelaki idaman saja..dibayangi oleh kebahagiaan kakak-kakaknya sehinggakan dia menjadi demand terhadap lelaki..cehhh!!seiras-iras dengan perempuan yang ku benci!!memperlakukan satu-satunya akhiku seperti hamba cintanya!!demand tinggi!

Aku hairan..hairan dengan fahaman wanita terhadap perkahwinan..
Sebenarnya..bagiku perkahwinan adalah penyatuan dua hati..hanya dua HATI!!Bukan jasad,bukan juga nilai komersial yang ada pada pasangan kita..dan lebih berkat lagi jika penyatuan dua hati yang sama-sama cinta kepada sang Pencipta..

Berkali aku menasihati sahabatku supaya jangan menyimpan angan-angan yang begitu tinggi..aku khuatir jika angannya membawa masalah apabila tiba di alam perkahwinan kelak..manakan tidak..diimpikan suami yang dapat melayan semua kehendaknya tapi hasil adalah sebaliknya..Mungkin inilah faktor penceraian pasangan kini..
Wanita yang materialistik, tertarik pada rupa..harta..lidah mengatakan iman diutamakan,namun kata hati mendambakan suami yang boleh dicucuk hidung.

Nauzubillah..Nauzubillah diriku tercemar dengan idealogi sebegini..
Ku inginkan lelaki sederhana, budi pekerti yang tinggi..tidak mengapa jika jodohku nanti tidak dapat memberikan kemewahan..atau hantaran yang tinggi..tapi biarlah dirinya menerimaku seadanya..
Semoga Allah swt mengurniakan daku seorang pemimpin bukan seorang pengikut..yang membimbingku..menegurku dan sebagai pasanganku di syurga..aminn..

9 Bulan


Sabtu 4/12/11 (9 bulan)- Aku ke pasar Jelawat, ku dapati makcik-makcik jurujual kurang kejam jika di bandingkan di tempat asalku..contohnya mereka menjual ulam pucuk gajus yang betul-betul pucuk, muda dan enak..tak seperti di tempat asalku, selalu saja terbeli pucuk gajus yang indah khabar dari rupa..namun ada juga makcik yang kejam..cubaan menipu ku tentang harga daun sup dan daun bawang..cehhh!!semua ini angkara sahabatku yang bertutur dalam bahasa bangku!!
Hari ini istimewa!!pukul 12 tengah malam yang kutunggu-tunggu..aku bersenandung halus sambil memasak..hatiku riang..lalalala…bersemangat!!walau terpaksa melayan kerenah sahabat huruf ‘G’yang membuang masaku berulang alik tanpa faedah ke pasar Jelawat, aku sabar…
Aku senyum spongebob ketika memasak..walau periuk nasiku jahanam hasil dari memasak tak henti-henti..aku puas!!terkadang aku membayangkan diriku perempuan sihir yang sedang membancuh posyen..hihihi..dan....
Masakanku siap!!o'yeah!!Yummy!!

Sunday, November 27, 2011

Happy Besday Annur Maisara!!




Hari ini..28/11/2011
Setahun sudah genap..
Semoga Dirimu Menjadi Anak Yang Solehah
CikDa sentiasa menyayangi kamu,
Rindu sayangku Sara..
^^,

Sunday, November 20, 2011

Lemahkah Aku??


Kebelakangan ini,satu persoalan sering muncul..adakah aku seorang yang lemah??
Aku tak mampu menolak permintaan,
menghampakan mereka yang terlalu berharap..dan meminta yang terlalu lebih dariku..
Aku tidak tergamak..dan seseorang pernah berkat..mereka tergamak melakukan itu kepada kamu...
Aku sengsara dengan sikap sendiri(makan hati)
Saatku amarah merasuk..aku melepaskan amarah dalam hati..Dasar Pemalas!!Dasar suka mengambil kesempatan!!Korang teruk!!rasenya mahu ku ketuk-ketuk kepala mereka!!bakar!!ambik daging paha mereka buat sup!!padan muka!!
Arrghhhh!!!aku tertekan dengan keadaan ini..barang-barangku semuanya lesap entah kemana(dipinjam)ohhhh!!!inilah manusia!!

Namun bila amarahku reda..aku merasa bersalah..aku seringkali berfikiran jahat pada mereka..walhal..aku lebih jahat!!aku hipokrit..Ku fikir..aku tidak layak berfikiran demikian..(kesalahan besar)lebih-lebih lagi terhadap kawanku..aku menyesal..
Dan sebenarnya aku telah berazam..aku berazam untuk lebih sabar..dan redha..menahan fikiranku dari membuat jahat..
Amin..

Thursday, November 17, 2011

Cemburu DIA


Waktu mengajarku mengendalikan perasaan cemburu,
Ingat selalu kepada Allah swt...
Bukan cemburu buta tanpa cahaya,
Tetapi cuba meniru cemburuNYA kepada hamba yang cuba menyentuh laranganNYA..

Jadi perkenankan daku untuk merasa cemburu pada detik-detik daku berasa,
DIA pun sedang mencemburui kamu..

Monday, October 31, 2011

-Menyakitkan-


Tidakkah kamu tahu??
Betapa menyakitkan hati ini dengan kerenah kamu,
Amarah menguasaiku seolah luka-luka lama terguris kembali,
Memori-memori yang bagai pisau menoreh-noreh hati ini..

Jangan..jangan..dan jangan pernah kamu muncul kembali!!
Walau dalam mimpi pun aku tak sudi!
Aku akan pergi dan takkan pernah kembali..
Kamu yang mungkir janji,
Melukai gadis yang pernah mencintai kamu sepenuh hati,
Gadis yang berkorban segalanya buat kamu,
Gadis yang kamu hampakan dengan kebodohan kamu..


Alangkah bagus, jika aku dapat memberitahu kamu,
Bahawa aku telah lama mati..Mati di saat kamu memilih dia..
Meninggalkan aku keseorangan di taman air mata,
Lidah yang tiga inci itu telah membunuh gadis yang 5 kaki..
Pergilah!!Berambus kamu dalam hidup aku!!

Sunday, October 16, 2011

Salahkah..


Cinta,
Salahkah apabila ku meminta?
Tatapan kagum,
5 minit dari masa mu,
Untuk kita bersenda,
Pujian dan kalimat-kalimat mesra,
Supaya tidak aku tidak berprasangka dan cemburu buta,
Walau mataku merayu 5 minit,
Ku dihalau kejam,
Kata mu,
Tentu sahaja,
Apabila kau suka,
Kau boleh memberinya,
Kepada dua hati kita.
Tapi,
Bagaimana dengan ku suka?
Bila?Dan bagaimana?

Kenangan *_*


Kenangan,

Acapkali bagaikan gugusan mimpi indah,

Meskipun tidak jarang pula,

Menjelma,

Sebagai serigala,

Bersama taring berkilat,

Kuku tajam,

Mudah meninggalkan jejak..

Maafkan aku apabila aku masih cemburu,

Mengingati kisahmu dulu,

Sebenarnya,

Bukan hanya itu,

Malah banyak lagi memori selepas itu,

Dan selepasnya...

Tuesday, October 4, 2011

Terima Kasih Tuhan




Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menhadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

Aku Ingin Kembali


aku ingin kembali padaMu
selama ini aku lari dariMu
aku menyesal Tuhan
terimalah aku kembali

kumengaku aku bersalah selama ini
kuhambakan diri pada dunia
hancur jiwaku musnah hidupku
dengan rahmatMu
maafkanlah aku

jagalah diriku agar tak tertipu
dunia yang merosakkan diri
berilah aku rasa cinta
dan takut padaMu

bersihkanlah diriku dari noda dan dosa
yang telah melumuriku sekian lama
kalau ada kekurangan ampunkan aku Tuhan
aku mengharap terimalah aku Tuhan

berilah aku kekuatan iman dan ilmu
agar menjadi senjata kehidupanku
selamatkan aku Tuhan
hinggalah aku bertemu denganMu

kumengaku aku bersalah selama ini
aku mohon maaf kepadaMu
maafkanlah segala keterlanjuranku
dengan rahmatMu maafkanlah aku

kalau Engkau tidak ampunkan aku
jadilah aku orang yang rugi
kalau Engkau azab aku
aku ini hamba Mu

kumengaku tidak akan kembali
melupakanMu
aku berjanji mengikut perintahMu
kalau ada kekurangan
ampunkan aku Tuhanaku mengharap
terimalah aku Tuhan

Thursday, September 29, 2011

Malam Sinaran Ukhwah


Malam Halawatul Ukhwah yg indah..
Trasa kmanisan iman..
suasana tenang dan damai dengan bisikan2 halus kami..
Sang bidadari dunia di sekelilingku..
masing2 melempar snyuman kemalu-maluan..

Yang berpurdah itu membuat aku trasa sedikit cemburu..
cemburu dgn ktinggian imannya..
Yang bertahi lalat dbibir membuatku kagum dgn kepetahan kata2nya dalm mentarbiahkan adik2 baru..
Yang bercermin mata, membuatku tertarik dgn klincahan dn kpimpinannya..

Aku meneliti diri sndiri..
Ku hnya seorg hawa yang sederhana..baik dr segi ilmu, rupa...fzikal..err(dah gemuk!!)
Perjuangan akan diteruskan..slagi aku masih mampu..wlw dbelakang tabir..
Akanku cuba seimbangkan masa mengikut permintaan dia..huhu..
diri tak layak sebenarnya, sedikit segan dgn teman2 seperjuanganku..

Seikhlas hati ini..
Kamu masih insan yang kukagumi,kusayangi,dan kuhormati..
Maaf, dri ini bnyak menyakiti..namun rasa ini tak pernah brubah..
Maaf..maaf..maafkan ku..:'(
Semoga dri ini sntiasa tabah dan sabar mnempuh hari2 yang mendatang..
aminn...

Monday, August 1, 2011

Malam


Malam telah bertandang

Hati berbisik mengenang cerita

Derita yg daku pendam

Kata menguji cuba utk kusudahi

Berulang airmata membasahi

Aku kini perlu berdiri

Walau hakikatnya pasti kan melukai

Aku ingin semua rasai

Kerana pengakhirnya hidup kusendiri


Oh Tuhan.. Kau berikan aku segala kekuatan

Meneruskan perjalanan

Aku kini perlu berdiri

Walau hakikatnya pasti kan melukai

Aku ingin semua rasai

Kerana pengakhirnya hidup kusendiri..

Monday, July 18, 2011

Molekul Air



Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!

Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.

Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.

Molekul Air zam-zam

Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandungrahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.

Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya : “Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata“.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.

(Artikel ini di ambil dari http://wanzpyra.wordpress.com/2009/10/05/rahsia-kehebatan-air/)

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah motivasi pagi di radio IKIM pagi jumaat ini. Adakah anda tahu 60-70% daripada badan manusia terdiri daripada unsur air? Cuba anda bayangkan bentuk molekul air dlm badan anda jika anda membuat sesuatu yang positif atau negatif?

Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau. Wallahua’lam..

Molekul-molekul yang terbentuk

Apa pandangan anda? Marilah kita berfikir sejenak tentang kebesaran ALLAH ini….

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Monday, May 30, 2011

TQ...^^,































Syukur..hari ni besdayku!!dah tua dah..tak sabar nak gi mengundi..Islam di hati!!Takbir!!
Erm..jenuh aku mengusik kawan2 ngn fmily ari ni..sape suh bwt2 lupe besdayku..
Kui3..pg2 lg anak2 col nyanyi..rse dsayangi..krinduan yg tramat sgt mmeluk mreka..tntuny smbil cubit2 pp comel pnyanyi2ku...trharu^^,

Scara tknikalny idup ku xpnah sunyi..sntiasa dknjungi insan2 yg kusayang..
anak2 lbih mnghiburkn ati..Zulaikha,Adam, dn sikembar brlainan parent Zara dan Sara!!Mreka chumell!!aku suke pluk mreka erat2 bgaikn xmaw lpaskn lg..plukkn mreka aman,trtahan2,ucapan syg yg xmnipu..dn kcupan ikhlas pasti hnggap dpipiku..Ya Allah,indahny duniaku dgn mreka..jgn pisahkn mreka driku..ku syukur dgn rsa cinta yg Kau cmpakkn d hatiku..

Buat anak2ku...CikDa ssssaaaaaaayyyyannnnngggg!!syg kamu sgt2!!

Monday, April 11, 2011

My Little Prince...(Adam)





Born to live awhile,
Born to being miss,

Born to cheer up my days,

Born to stole my heart,
Born to be my Little Prince.

I wonder, how my feeling without you,

I wonder, how long i can hear your heart beating,
Because you're my little angel,

My only prince,
My beloved nephew.

You is a gift from Him,

Spend time awhile with us,

Just to make me happy and a test for us.

Shall i give half of my life for you?

Shall i watch you grow up everyday?


I wonder, how long i can hug you tight?

I wonder, how long i can feel you warm?
Because you're my precious one,
My Little Prince,
My beloved nephew.

Shall i hear your laugh forever?

Shall I have your kiss everyday?

And Shall you know i will love you forever and ever..

Saturday, April 9, 2011

Gambaran Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Thursday, April 7, 2011

Buat Muslimah


Wanita itu Cantik......
Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kepada setiap wanita yg ku kenali.
Anda akan menambah harga diri ciptaan indah ini, wanita!
kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

Malaikat Di Rumah


Didedikasikan Khas untuk Ummiku, NurIduni Hayat I Love U Ummi..
-=-=-=-=-=-=-=-=-
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.
Dia bertanya kepada Allah swt : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok
Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana,
saya begitu kecil dan lemah"?
Dan Allah swt menjawab, " Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu."
"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah
bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika
saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang
pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan
mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi
saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam
jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan
selalu berada di sisimu."
Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,
dan sang anak bertanya perlahan, " Ya Allah, jika saya harus pergi sekarang,
bisakah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut ?
"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."
Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia
sepanjang masa.
* huhuk...nak balik skang jugak..nak jumpa Ummi...^^,