Monday, December 5, 2011

Wanita Kini


Alahhh...hari ini hatiku rimas..bunyian menceceh-ceceh dengan rumahtangga yang sentiasa bahagia..rimas mendengar cerita-cerita kawin dari sahabatku..impiannya tinggi betul..seakan-akan hidupnya dilahirkan untuk perkahwinan dengan lelaki idaman saja..dibayangi oleh kebahagiaan kakak-kakaknya sehinggakan dia menjadi demand terhadap lelaki..cehhh!!seiras-iras dengan perempuan yang ku benci!!memperlakukan satu-satunya akhiku seperti hamba cintanya!!demand tinggi!

Aku hairan..hairan dengan fahaman wanita terhadap perkahwinan..
Sebenarnya..bagiku perkahwinan adalah penyatuan dua hati..hanya dua HATI!!Bukan jasad,bukan juga nilai komersial yang ada pada pasangan kita..dan lebih berkat lagi jika penyatuan dua hati yang sama-sama cinta kepada sang Pencipta..

Berkali aku menasihati sahabatku supaya jangan menyimpan angan-angan yang begitu tinggi..aku khuatir jika angannya membawa masalah apabila tiba di alam perkahwinan kelak..manakan tidak..diimpikan suami yang dapat melayan semua kehendaknya tapi hasil adalah sebaliknya..Mungkin inilah faktor penceraian pasangan kini..
Wanita yang materialistik, tertarik pada rupa..harta..lidah mengatakan iman diutamakan,namun kata hati mendambakan suami yang boleh dicucuk hidung.

Nauzubillah..Nauzubillah diriku tercemar dengan idealogi sebegini..
Ku inginkan lelaki sederhana, budi pekerti yang tinggi..tidak mengapa jika jodohku nanti tidak dapat memberikan kemewahan..atau hantaran yang tinggi..tapi biarlah dirinya menerimaku seadanya..
Semoga Allah swt mengurniakan daku seorang pemimpin bukan seorang pengikut..yang membimbingku..menegurku dan sebagai pasanganku di syurga..aminn..

9 Bulan


Sabtu 4/12/11 (9 bulan)- Aku ke pasar Jelawat, ku dapati makcik-makcik jurujual kurang kejam jika di bandingkan di tempat asalku..contohnya mereka menjual ulam pucuk gajus yang betul-betul pucuk, muda dan enak..tak seperti di tempat asalku, selalu saja terbeli pucuk gajus yang indah khabar dari rupa..namun ada juga makcik yang kejam..cubaan menipu ku tentang harga daun sup dan daun bawang..cehhh!!semua ini angkara sahabatku yang bertutur dalam bahasa bangku!!
Hari ini istimewa!!pukul 12 tengah malam yang kutunggu-tunggu..aku bersenandung halus sambil memasak..hatiku riang..lalalala…bersemangat!!walau terpaksa melayan kerenah sahabat huruf ‘G’yang membuang masaku berulang alik tanpa faedah ke pasar Jelawat, aku sabar…
Aku senyum spongebob ketika memasak..walau periuk nasiku jahanam hasil dari memasak tak henti-henti..aku puas!!terkadang aku membayangkan diriku perempuan sihir yang sedang membancuh posyen..hihihi..dan....
Masakanku siap!!o'yeah!!Yummy!!