Monday, December 10, 2012

How It Used To Be



I remember how it used to be
when nothing else matter but you and me
music, country roads, and future dreams.

I miss you, I wish you could see
although you are here, I miss you and me.

I remember when you said how happy I made you
and you really meant it...now, it's just a phrase
you say without thinking.

I miss those days when you'd call just to say "hi"
or "I love you"...the days it was so hard
just to say good-bye for a while.

I remember how wonderful it felt the first time
you smiled and how after all those
years you still made my heart melt.

I miss the old you- and the old me
The old us that could just sit and talk for hours
and never run out of things to say.

I miss us as I remember how it used to be...
when nothing else matter but you and me


Sakit Mental: Ancaman Masyarakat Moden | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sakit Mental: Ancaman Masyarakat Moden | iluvislam.com discover the beauty of islam


Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.
Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia.
Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja.
Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental.

Fakta

Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua.
Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental.
Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.
Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis.
Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata.
Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis.
Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.
Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.
Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia),keresahan (anxiety)kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.
Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian.
Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental.
Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan.
Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.
Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum.
Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan.
Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.
Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri.
Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.
01.Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
02.Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
01.Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.
02.Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.
Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.
Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang 'gila'.
Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental.
Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum.
Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat.
Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental.
Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka.
Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.

My Sorrows Song


So here it goes,
My sorrows song,
A song that's short,
And not to long,
A silent pain, you'll never feel,
A broken heart, that'll never heal
How do you kill, A dying love,
One that you thought, was sent from above
One that brought so many lies and tears
One that you swore would last through the years
But now I lie here,
Broken in pain,
Clinging to life,
And whispering your name.




Sunday, December 9, 2012

Amalan Terbalik









10 AMALAN TERBALIK
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 





1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 



 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 



7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.  Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, MasyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariKu walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

Thursday, June 28, 2012

Revenge

  
REPUTASI KATA IBARAT KACA
SENANG DIHANCURKAN
TETAPI SUKAR UNTUK MEMPERBAIKINYA

Kami juga boleh!!
Bila kamu melakukan kerosakan kepada kami...kamu juga akan rosak, tetapi bukan dengan peringkat bawahan seperti cara kamu..ingat!!aku mampu melakukan lebih lagi.
 ^^,

Monday, June 18, 2012

Ummiku


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Saturday, June 16, 2012

Buat Sang Bintang



Pintaku padamu bintang,
Kirimkan daku sinarmu,
Moga jadi kencana hiasan kasih di jiwaku.
Pesanku pada mu sayang,
Bawalah pulang hatiku,
Mogakan selamanya engkau bernafas disisiku.
^^,

Thursday, June 7, 2012

-Miss-

Monday i'm waiting
Tuesday i'm still waiting to see
See if you are fine
Wednesday, you're still not here
Neither in the morning, nor later
Thursday is also empty
Friday, Saturday or Sunday
None of the day that i dont miss you
None of the day you will come back to be in our old days
That day that i met you
That day that i was close to you
That day that we held hand
That day that i loved you
That day that i spoke to you
That day that you listened to me
How long  it will be like this?I don't know
How many months or years?
How many billions of our past memory?
I never don't miss you

Tuesday, May 1, 2012

Tentang Aku


     Mungkin aku kini kelihatan seperti budak perempuan dari mana-mana sekolah agama, bagaimanapun dari segi fizikal aku tidak sesuai di mana-mana. Aku sepatutnya berkulit putih, ada gaya serta cergas, mungkin seorang atlet bola jaring atau setidak-tidaknya seorang penari semua perkara yang cocok dengan fizikalku. Aku tidak terlalu tinggi, tidak juga pendek, aku tidak gemuk, tidak juga kurus, malah aku juga tidak berkulit putih, tidak juga berkulit hitam. Sebaliknya aku berkulit sawo matang, dengan mata yang berwarna coklat tua serta berambut hitam beralun. Jelasnyaaku bukan olahragawan, aku tidak memiliki koordinasi tangan dan mata yang diperlukan untuk bersukan tanpa memalukan diri sendiri serta juga cenderung mencederakan diri sendiri dan orang yang berdiri terlalu hampir dengan ku. Aku masih teringatkan di zaman persekolahan, aku menyertai kawad hari sukan mewakili KRS, kasutku tertanggal di tengah padang…aduh..dan aku sering mengingatkan diri sendiri bahawa aku mempunyai sendi badan yang longgar...Dulu aku pernah menyertai latihan badminton bersama rakan-rakan sekelasku, namun entah bagaimana raket yang ku hayunkan terlepas dari gengaman tangan..mujurlah lawanku sempat mengelak..semenjak hari itu, aku tidak lagi berlatih bersama mereka…di tingkatan dua aku mencuba menyertai kelas taekwondo..namun hasilnya aku diberi rawatan kecemasan…di tingkatan enam aku juga pernah menyertai larian 600 meter, jika tidak kerana peserta keempat menarik diri, aku pasti tidak berpeluang mendapat gangsa. Bagi memenuhi kokurikulum universiti, aku akan cepat-cepat mengisi aktiviti yang tidak melibatkan luar kelas..jika di tahun satu aku mengambil kursus kepimpinan dan motivasi, namun di tahun dua aku memilih pengucapan awam sebagai jalan selamat..aku pernah mencuba untuk terlibat dalam aktiviti lasak..aku menyertai pendakian gunung..aku asyik tergelincir..tersadung-sadung..akhirnya aku menghabiskan malam ku di bilik kecemasan hospital kesesakkan nafas. 
     Memang aku punyai ramai kawan rapat, namun aku tidak pernah merasakan mereka adalah sahabat karib, satu-satunya sahabat karibku adalah Ekah…dan ianya tidak pernah berubah setakat ini, kami dari satu susur galur yang sama, kami miliki wajah yang seiras, dan kami juga miliki personaliti yang agak sama..namun walaupun kegemaran kami berbeza kami sentiasa boleh bertolak ansur….Alhamdulillah, kami tidak pernah bertelagah sepanjang bersama…apabila aku berbicara, seakan-akan dia terus sahaja memahami..kadang-kadang aku merasakan aku menunjukkan visual kepadanya, walhal ketika itu aku sedang bercerita..dia cepat sahaja faham apa yang aku sampaikan, bukan seperti sesetengah orang yang agak perlahan untuk memahami apa yang aku sampaikan..Kini setelah kami berpisah kerana berlainan universiti, aku memilih untuk berkawan dengan lelaki..mungkin juga kerana aku telah perit untuk rapat dengan perempuan. Di semester satu aku pernah dianiayai perempuan yang kuanggap kawan, di depanku dia manis sahaja, namun di belakangku ke sana kemari aku diburukkan..aku berdepan dengannya..seperti biasa orang yang berak tengah jalan manakan mahu mengaku..malah dia semakin galak menyebarkan cerita bohong tentang aku..jadi aku mengambil keputusan untuk meninggalkan dia..walhal ketika itu semua kawan sekelas memandang serong kepadaku..aku tidak peduli..setiap hari aku merasa keseorangan rindukan Ekah..kalaulah dia ada..aku pasti aku tidak memerlukan mahkluk lain untuk dijadikan sahabat..setiap hari aku berdoa..agar Dia menunjukkan kebenaran…Bulan berganti bulan..semester berganti semester, perempuan yang talam dua muka itu pergi..pergi meninggalkan pusat pengajian yang dianggapnya berstatus rendah ini..Aku pula sedikit gembira..manakan tidak??dia pergi meninggalkan cerita-cerita keburukan tentang semua orang di kelasku..Jadi bukan aku seorang shaja mangsanya..jika dulu aku dijeling-jeling, kini ramai sahaja yang datang mengadu nasib kepadaku…namun aku tidak endahkan..dulu giliran aku..kini kamu pula..Namun aku sujud syukur pada Illahi..doa orang teraniayai amat mustajab..aku ada mendengar khabar perempuan talam dua muka itu tidak mendapat tempat di mana-mana universiti, malah kini bekerja di pasar raya, ada juga terselit rasa kasihan..namun aku diamkan sahaja..itu semua kuasa Allah swt..aku yang memohon Dia berikan. 
     Bercakap tentang isu aku berkawan dengan lelaki..yelah..ia memang salah di sisi agama..namun aku merasakan aku lebih serasi dengan mereka..aku menjadi lebih tenang..tiada kerisauan tentang masalah menjaga hati perempuan..malah aku juga tidak perlu terlalu cermat untuk bersopan santun dalam percakapan..semuanya menjadi mudah..aku mempunyai tiga orang kawan lelaki yang kuanggap rapat..mungkin usia mereka lebih tua dariku setahun..malah aku lebih suka menggelarkan mereka ‘warga emas’. Mereka pula gemar mentertawakan aku kerana kecemerkapanku…aku mengaku, aku cemerkap!!lebih-lebih lagi apabila aku gugup..takut..kalut dan sebagainya..aku cepat sahaja tersadung-sadung, badanku pula sudah lali dengan luka-luka kecil..parut sana-sini..aku memang bukan wanita sejati..tingkah lakuku yang kasar dan menakutkan mana-mana lelaki yang cuba mendekati. Aku pun sudah tidak kisah..biarkan sahaja, aku juga tidak ingin berharap pada cinta lelaki lain..cukup sahaja dengan apa yang aku miliki sekarang. Apabila bercakap tentang apa yang aku suka dan tidak suka..aku suka membahagikan kawan-kawan ku kepada dua bahagian…jika aku bersopan atau formal itu bererti mereka golongan yang aku tidak begitu rapat malah tidak menyukai mereka..jika aku bergurau senda dan tidak formal, itu bererti mereka golongan yang aku sayangi, percayai dan kawan selamanya. Aku cenderung satu kepala dengan individu yang sealiran dengan ku..mereka mungkin gila-gila..ramah..agak berperwatakkan kasar dan senang didekati..Aku juga gemar bersendirian di waktu lapang..jika di hostel, aku lebih suka merancang aktiviti mingguan, mengemas, memasak, menonton anime keseorangan..Tuntasnya, sejak aku menjejakkan kaki ke universiti, aku menjadi sedikit pendiam.. Sejak dahulu lagi, aku gemarkan warna-warna yang gelap..ungu gelap, merah gelap, biru gelap, hijau gelap, semuanya bertona gelap..aku pernah mencuba memakai warna-warna cerah..hasilnya semua orang memandangku dengan pelik, malah aku menjadi serba tidak kena..mungkin kerana warna-warna gelap memberikan ku aura yang lebih baik.   
    Kadang-kadang, tidurku tak lena, aku sering dihantui mimpi-mimpi yang pelik dan menakutkan..mengigau dan akhirnya terbangun dalam keletihan..handsetku kini ‘buta’ dek kerana tercampak dari katil ke lantai..mujurlah masih berfungsi dengan baik walaupun lampu skrinnya sudah rosak..malah aku juga sering terlihat benda-benda yang tidak sepatutnya aku lihat, lalu lalang..menghendap-hendap..bagiku semua itu mainan syaitan yang mencuba nasib..Terkadang badanku memilih masa yang salah untuk sakit..kalau dikira-kira..sepanjang masa badanku tidak normal..kadang-kadang lemah..letih..bengkak..rusukku sakit..lebam di sana-sini..nafas yang sering tersekat-sekat..Bagiku ianya bukan apa-apa jika dibandingkan dengan hari-hari dimana otakku kadang-kadang letih..tidak bersemangat untuk berfikir..malah aku hilang minat untuk merancang pelan apa-apa..teruk sangat sehingga ku merasakan diriku tidak berguna sahaja..Walau bagaimanapun..aku menganggap Allah swt sentiasa mengingati aku kerana Dia menimpakan sakit keatasku..malah Dia juga menyayangiku buktinya dia menebus dosa-dosa kecilku di kala aku kesakitan..Aku bersyukur. Jika difikirkan masih banyak perkara tentang aku..ini semua sekadar dari penilaian dari pandangan diri sendiri. Siapa tahu pandangan orang lain mungkin lebih berbeza dari cakap-cakap aku??mungkin ada yang mencemuh terhadap karya ini..jika begitu anggap sahaja ini semua hanyalah cerita rekaan semata-mata.(^^,)

Costochondritis

Hari itu aku diberitahu supaya search tentang penyakit ini, jadi inilah hasilnya (secara ringkas) :
          

          Costochondritis adalah keradangan benigna rawan costal, yang panjang rawan yang menghubungkan tulang rusuk setiap, kecuali kesebelas dan kedua belas, untuk sternum. Ia menyebabkan kesakitan di bahagian dada yang boleh diterbitkan semula dengan menekan kawasan yang terjejas di antara rusuk. Kesakitan ini boleh menjadi agak menyeksa, terutamanya selepas latihan yang ketat. Ia boleh menjadi teramat sakit,  Costochondritis boleh dianggap sebagai masalah berulang yang boleh kelihatan mempunyai sedikit atau tidak ada tanda-tanda permulaan. Pilihan rawatan adalah agak terhad dan biasanya hanya melibatkan rehat dan analgesik tetapi dalam jumlah yang sangat kecil iaitu suntikan kes kortison dan walaupun pembedahan kadang-kadang perlu. Ia adalah disyorkan bahawa pesakit Costochondritis harus mengelak daripada aktiviti fizikal untuk mengelakkan tercetusnya serangan.
        Gejala Costochondritis boleh menjadi serupa dengan sakit dada yang dikaitkan dengan serangan jantung. Sakit dada yang tidak dapat dijelaskan dianggap sebagai kecemasan perubatan sehingga isu-isu jantung boleh diketepikan. Costochondritis teruk dirujuk sebagai sindrom Tietze. Dua syarat yang pada mulanya diterangkan secara berasingan, perbezaan tunggal bahawa dalam Sindrom Tietze terdapat bengkak rawan costal. Ia kini diiktiraf bahawa kehadiran atau ketiadaan bengkak adalah hanya sebagai petunjuk keterukan keadaan. Ia pada satu-satu masa fikir boleh dikaitkan dengan, atau disebabkan oleh jangkitan virus yang diperolehi semasa pembedahan, tetapi ini kini dikenali tidak menjadi kes. Costochondritis sering menyebabkan dari strain fizikal atau kecederaan ringan, tetapi sebab-sebab yang sebenar tidak difahami dengan baik. Satu bentuk gangguan yang sederhana tidak sesuatu yang luar biasa dalam kehamilan. Dalam keadaan ini, ia dianggap disebabkan oleh tekanan ke atas organ-organ perut dan rahim yang semakin meningkat serta kecenderungan pernafasan wanita hamil melibatkan penggunaan otot dada sejak gerakan diafragma lebih terhad.


Saturday, March 31, 2012

Keluarga



Aku terpanggil untuk menulis pagi ini..yelah..menulis pun perlukan mood..berkarya pun perlukan mood..Sekarang aku ingin bebelkan isu kekeluargaan..ada sesetengah orang menganggap ianya tidak penting..yelah..masing-masing akan membawa haluan sendiri apabila sudah besar..bekerja..berkeluarga sendiri..Namun aku tidak bersetuju dengan semua itu..aku membantah!!

Kekeluargaan adalah ikatan yang akan berkekalan selamanya..bak kata bidalan Melayu ‘Air dicincang tidak akan putus’. Malah ada juga sebahagian yang mengatakan ‘ahh..adik beradik hanya dimasa kecil, bila sudah besar masing-masing membawa diri..lebih baik aku utamakan orang lain.’ Lihat!sungguh cetek pemikiran mereka.. Jika kamu mengutamakan orang lain..Ternyata kamu silap..hubungan kamu dan orang lain berkemungkinan putus di tengah jalan..Pada masa itu pada siapa kamu akan kembali??tentulah kepada keluarga tercinta..Jika kamu sakit,?susah?..siapa yang mengambil berat tentang kamu??Mungkin kini kamu memikirkan kamu mampu hidup membelakangi keluarga..namun di akhirnya kamu tetap akan merasa sepi dalam kehidupan..cuba renungkan..cukupkah kamu beraya dengan orang lain?cukupkah kamu hidup tanpa keluarga kandungmu?cukupkah??
‘Baik orang baik bermaksud’ aku sungguh setuju dengan ungkapan ini..fikirkan, ketika kamu muda,cantik bergetah..ketika kamu berharta yang berkepuk-kepuk..ketika kamu mempunyai kelebihan lain..ada sahaja yang mengelilingi kamu..bersama kamu..janji setia..ucapan sayang..semuanya indah memabukkan..namun jika kamu tiada kelebihan-kelebihan itu, adakah yang ingin bersama kamu??masih adakah muka-muka manis manja terhadap kamu??Begitu juga dengan kekeluargaan..baik mereka juga baik bermaksud..namun maksudnya lebih murni..fikir-fikirkan..

Jika kedua orang tua telah dipanggil Illahi..Ikatan adik beradik jangan diputuskan..Jika ada masalah, bertolak ansurlah antara kamu..Hanya mereka permata peninggalan orang tua..hanya mereka kenangan silam kita..hanya mereka selayaknya.Mungkin ada bisikan dari hati untuk mencurigai..tolong..bersihkan hati kamu..percayakan..dan jagalah ikatan ini.

Mungkin kamu sedang cuba membina keluarga sendiri, namun bagiku pembentukan keluarga sendiri memerlukan masa yang lama..aku tidak akan menggunakan perkataan keluarga jika ianya baru di awal perkahwinan..melainkan perkahwinan itu telah didirikan selama berpuluh tahun..yang mana kamu dan pasangan kamu telah mendapat kepercayaan dari pihak yang ‘berhak.’ Itulah yang sewajarnya bagi seseorang yang bertanggungjawab..(hihihi^^,)
Mungkin aku bukan pakar motivasi, ingin bersuara secara ‘live’ jauh sekali..aku hanya mampu mencoretkan motivasi diri aku sendiri dalam ruangan ini. Aku berazam untuk teguh dengan pemikiran ini..tidak kira semasa aku belajar..sambung belajar…bekerja..mendirikan rumahtangga..di dunia dan akhirat..Tanpa mereka siapalah aku..

‘Marilah kakak..marilah abang..Aku adikmu selamanya.’

Sunday, March 18, 2012

Ragam Manusia


Ada manusia yang macam anjing yang asyik menghidu-hidu kegiatan peribadi orang lain(amat melucukan)
Ada manusia yang suka menegakkan benang yang basah..
Ada manusia yang menjadi talam dua muka..
Ada manusia yang sudah angkuh apabila mendapat sedikit pemberian dari Allah swt..
Ada manusia yang tidak sedarkan diri (dirasuk dunia)

Ragam manusia yang bermacam..
Tak mampu diuruskan dengan kata-kata..
Perlu baiki hati..nescaya sang Ratu akan mampu..^^,
Aku berdoa aku tidak menjadi golongan ini..aminnn..

Sunday, March 4, 2012

Rindunya Hari Itu


Alangkah indahnya hari itu..Aku dapat bersama dia sepenuhnya..menatap wajahnya yang tenang bercahaya keimanan,Itulah dia..wali kedua dalam keluargaku, satu-satunya putera dalam keluarga kami..senang bersamanya.
Hari itu, dia seperti biasa menjengkelkan, namun aku tetap merasa terhibur dengan sikapnya. Beg tangan, beg galas malah kelengkapan peribadiku terlarang untuk dibawa. Dompet, telefon dan cermin mata memberat di poket seluar, aku merasakan kurang yakin dengan penampilanku hari itu, manakan tidak dengan bonjolan poket yang pastinya menampakkan aku sudah sewel..sambil menggetapkan gigi aku memujuk hati bahawa tiada sesiapa yang ku kenal akan melihatku di dalam keadaan sebegini...apalah difikirkannya?seseorang akan meragutku di tengah jalan nanti? ini semua langkah keselamatan keterlaluan..aku dapat bayangkan reaksi Ekah bila kuceritakan nanti. Sambil mendengus ketawa, aku mengekori sambil menolak-nolak dia dari belakang. .puas bila dapat membalas dendam..Dalam perjalanan kami tidak henti-henti berceloteh..ada saja isunya, namun aku masih menyimpan topik hangat yang ingin aku bincangkan pada masa yang sesuai..aku tidak mahu memulakannya dulu..sabar menunggu..Ohh..dia pula tidak henti-henti memberi nasihat dan cadangan untuk perniagaan kami..terlintas di mindaku ingin berpura terlelap, namun rugi pula bila difikirkan..ini saat yang amat berharga bagiku..celotehnya kedengaran amat bercita-cita tinggi, namun aku tadahkan telinga mendengarnya…

Tibanya di pusat pemborong, aku dan dia galak memilih baju jualan kami..aku perasan, corak dan citarasa dia amat teruk..corak harimau bintang?harimau belang?ohh..sudikah gadis membelanjakan wang untuk baju muslimah itu?sungguh melucukan abangku ini..kami menyambung perjalanan lagi..aku lega sebenarnya, dia tidak lagi berceloteh tentang cara berbisnes, namun dia dengan bersemangatnya menunjukkan tempat-tempat penting..lot rumah barunya, UKM, sekolah tempat dia bekerja sebagai ustaz, jalan laluan dia ke tempat kerja, tasik rekreasi..ohhh..menarik sangat!!aku memperli halus..kami ke kaunter tiket sambil dia memimpin tanganku..reaksinya bersahaja, namun aku juga senang, dia menjaga keselamatanku sepenuhnya..adanya disisi membuatku terasa selamat..benar-benar saat yang sempurna..Dia mengunci pintu kedai dari luar meninggalkan aku di dalam sementara bersolat di surau berdekatan, aku menunggunya sambil melayari internet..Kedainya kecil namun lengkap..yang pasti padat dengan produk bumiputera..coklat bumiputera..air mineral bumiputera..jubah..kot..buku..alahai..jika manusia halal dijual dia akan segera mengusahakannya fikirku…Dia kembali setelah 20 minit, tahu-tahu saja sudah membuka touchpad genit yang amat sepadan dengannya gelakku di dalam hati.Tut..tut..sudah ada pelajar lelaki di depanku, aku tertunduk diam..melalui perbualan,mereka jelas rapat..mujurlah dia tidak mengarahku mengambil wang dari lelaki itu, memandangkan aku berdekatan dengan mesin tunai..Aku amat berterima kasih dia mengerti..memang abang yang cukup prihatin..Kami bercadang ingin mencari stok tudung, memandangkan waktu amat terhad, aku mencadangkan agar dibatalkan saja, mujurlah dia menerimanya dengan baik.. jadi kami menuju ke rumah kak Ha..sepanjang perjalanan dia menceceh-ceceh seperti biasa..manakala aku mencelah sambil mengupas limau untuknya..lantas aku mengambil peluang membulinya dengan menyuapnya secara laju..aku terkekeh-kekeh melihat dia bersusah payah menelan jumlah yang padat di dalam mulutnya..selepas itu dia tidak membenarkan aku menyuapnya lagi..jadi aku dilucutkan jawatan kepada pengupas buah sahaja?aku mengeluh..

Dia mempunyai urusan di sepanjang jalan agaknya?gerutuku..ke Pasar, kedai kecantikan, bank..bla..bla..bla..pokoknya aku sering ditinggalkan keseorangan di dalam kereta, namun dia menyuruh ku menguncikan pintu segera..dikhuatiri apa-apa terjadi agaknya..aku juga risau keadaan di situ amat merbahaya..kadar jenayah tinggi..apa-apa saja boleh terjadi..jadi aku dengan peliknya mengikut arahan..ohh..kepalaku pening bila menyaksikan bandaraya di sana..warna yang terang, bangunan yang padat, tiada kehijauan yang ku sukai..sungguh memeningkan..aku berehat sambil menguatkan penyaman udara..bagaimanalah orang boleh tinggal di tempat seperti ini?tidak dinafikan suasana malam sungguh cantik, namun pulau haba seperti ini amat memudaratkan..jika di kampung gadis seusiaku sungguh galak jika dapat berhijrah ke sini..mereka buta sebenarnya komenku pedas..Dia kembali dengan membawa sekeping sabun, katanya mujarab untuk wajah..rupanya dia membelikannya untuk aku!!apa?teruk sangatkah wajahku??ujarku kepadanya..dia segera memberi komen-komen pedasnya tentang kulit wajahku yang kian teruk..apa-apa sajalah,fikirku..asalkan cela yang kian tumbuh ini hilang..dengan patuh aku mengambil sabun dan menyimpan objek itu di dalam poket yang kian membesar..Aku mengelamun sepanjang perjalanan sambil diiringi celoteh dia, ada saja topik syarahannya..berbisnes sambil belajar, perancangan kerjaya selepas belajar..aduh!mati kebosananku nanti..lega rasanya setelah kami telah tiba di rumah Kak Ha, aku sebenarnya ternanti-nantikan saat ini..Si kecil Annur Maisara lantas ku peluk erat, ku kucup pipi bulatnya sepuas hati, Maisara juga seperti aku yang kerinduan, mata bulatnya tidak lekang memandangku, seakan tidak percaya aku akan tiba di rumah baru mereka. Abang pula asyik memujuk Maisara mendekatinya..aku tersedak ketawa melihat kelakuan abangku, agak janggal melihat dia berkelakuan seperti itu. .Lama kami berehat di rumah kak Ha..melihat dirinya yang agak keletihan memandu, aku dengan bermurah hati mengurut belakangnya secara ringkas..senang hatiku melihat dia, berehat dari segala kerja kerasnya..dari segalanya yang memeningkan dia. Buat seketika, dia kembali menjadi abangku..abang yang ku manjakan..orang yang melayan kerenah nakalku ketika aku kecil.. yang membelikanku buah tangan selepas penat mengayuh basikal dari sekolah..abang yang mengajar ku matematik, silat..berbisnes..ohhh…banyak sangat!!!(otak ku memekik). Abang sempat meneroka rumah kak Ha..mungkin dia risau dikhuatiri ada sesuatu yang tidak elok..namun setelah solat dia menyimpulkan semuanya baik-baik saja..berat hati rasanya meninggalkan si kecil Maisara, namun apakan daya, aku hanya ibu saudara..aku hanya mampu menyeka air mata melihat Maisara manangis-nangis mahukan aku membawanya bersama..Abang hanya mampu melihat sementara kak Ha memujuk si kecil itu dengan lembut..

Di dalam kenderaan, abang membuka touchpad genitnya lagi, kali ini dia menyuruhku memandu arah dengan menggunakan peta yang terpapar..aku dengan senang hati mengikuti arahannya, asalkan bukan topik bisnes fikirku..Kami berjaya mencari jalan keluar dari perumahan Kg. Changkat yang sesak itu..walaupun kami telah tersasar beberapa kali akhirnya berjaya juga..dalam perjalanan dia asyik mengarahku merujuk peta, walhal wajahnya kelihatan tenang bukan seperti tadi semasa kami berusaha di Kg. Changkat…lama aku merujuk peta sambil memberitahu nama kawasan yang kami lalui..kadang-kadang aku terlepas pandang, seperti biasa dia akan segera mencemuh bahawasanya aku seorang yang tidak peka..apa?dia fikir aku serangga bermata lapan yang boleh melihat semua?gerutuku di dalam hati..idea jahatku tiba-tiba meledak..memandangkan aku sebagai pemandu arah, aku akan memberikan dia arah yang salah!Tetapi..idea itu segera kelihatan bodoh bila ku terpandang wajahnya ..dia tenang..seolah-olah tiada apa yang mengganggu dalam mindanya..Ohh..Ohh..aku segera mengerti!!Rupanya dia tahu!dia sengaja mengarah-arahkan ku melihat peta yang membosankan itu!!Aku meledak membebel-bebel kepadanya..geram..mahu saja aku tarik janggutnya sekarang..dia hanya senyum sinis malah mengarahkanku meneruskan agenda bosannya..dia memberikan alasan sambil terkekeh-kekeh mentertawakanku..alasannya supaya aku berlatih melihat peta..memang menyirapkan darah..Tiba-tiba..dia memulakan topik hangat itu..aku bernyanyi riang di dalam hati..Dia menceritakan serba sedikit tentang itu, manakala aku mencelah dengan berhati-hati..malah aku juga menceritakan serba sedikit perasaan orang tua kami..dan akhirnya dia menjanjikan yang sepatutnya terjadi mengikut syariat..namun aku tidak juga berasa lega..entah apa yang dirancang abangku ini..seakan-akan dia mempunyai perancangan tersembunyi..aku menggelamun dalam diam, jika aku punyai pintu masa Doremon, aku ingin pulang ke tahun 2006, di mana aku boleh mengubah cinta silamku yang sia-sia dan juga  kisah  abangku..aku mengeluh memikirkan masa lalu..Dia mencuit lenganku..rupanya kami sudah sampai di rumah Along..agaknya hampir tengah malam..Abang mengambil keputusan untuk singgah sebentar di rumah Along sambil sebelum dia kembali..Along telah menghidangkan juadah kami..aku makan bersama dia..hatiku gelisah lagi..saat perpisahan kali ini semakin hampir..aku tidak pasti dia pun berasa sepertiku, aku makan sambil mencuri-curi mengawasi riak wajahnya..ohh..aku pasti rindukan dia..getirku di dalam hati..tidak lama kemudian, dia menyuarakan hasratnya, dia ingin pulang..Kami bersalaman, aku mengucup kedua pipi cengkungnya..mata ku berair sewaktu mengiringinya ke kereta..mujurlah suasana gelap, dia mungkin tidak perasankan ini..aku kengerian memikirkan dia melihatku menangis…mungkin aku diketawakannya..kata-kata akhirnya adalah mngarahkanku kembali dan menguncikan pintu jeriji..aku tersedak..dalam saat-saat begini pun dia masih mengutamakan keselamatanku..sungguh mengharukan..Dan kereta hitam itu meluncur perlahan pergi…meninggalkan aku bersama air mata di sebalik jeriji.
Itulah dia ANRose, abang yang kucintai, sanjungi sepenuh hati, tidak dinafikan, dia menjengkelkan, menyakitkan hati malah dianggap pelik.. Namun aku tetap menyanyangi dia..aku tidak malu untuk merangkul..mengucup dan berpimpin tangan dengannya kerana dia adalah mahramku..Bagiku dia adalah lelaki kedua setelah abah yang benar-benar mencintai aku seihklas hati.

Abang,
Ini ukhti mu Syuhada AsSolihaat Rosli menyatakan cinta padamu.
Aku menyayangi dirimu..

Monday, January 16, 2012

Seribu Tahun-Ijman Ajmain


Relaku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku kan selama ini..
Biar berputar putaran selatan
ku tak putus harapan sedia setia..
Relaku mengejar mu walau seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung berkicauan tenanglah gelombang lautan
ku masih setia..

Adakah engkau yakin ini cinta?
Adakah engkau pasti ini untuk selama-selamanya?

PS:
Relakah kau menunggu ku seribu tahun lama lagi?
Relakah kau mengejar ku walau seribu batu jauh lagi?
Relakah kau?

Warkah Buat Kamu



Hingga kini,
Amarah masih membakar,
Kebencian masih mengalir,
Dan kini aku kesedihan..
Mengapa??
Mengapa kamu membuka kotak memoriku?
Kamu bahagia melihat kebencian di mata ini?
Adakah kepedihan ini suatu hiburan?
Memang, aku bukan jenis yang akan menangis merintih,
Tangisan ku hanya di sanubari, yang mana ianya tak terlihat di mata kamu..
Cukup..tolong..aku merayu..aku mohon..tolong berhenti!!
Aku pedih, aku terluka, malah aku tidak suka hati ini sering diselubungi anasir negatif..
Aku hanya ingin teruskan hidup, benarkan aku..
Menghela nafas tanpa esakkan, mengharungi hari dengan tanpa derita..
Biarkan aku aman….Selamanya..