Saturday, March 31, 2012

Keluarga



Aku terpanggil untuk menulis pagi ini..yelah..menulis pun perlukan mood..berkarya pun perlukan mood..Sekarang aku ingin bebelkan isu kekeluargaan..ada sesetengah orang menganggap ianya tidak penting..yelah..masing-masing akan membawa haluan sendiri apabila sudah besar..bekerja..berkeluarga sendiri..Namun aku tidak bersetuju dengan semua itu..aku membantah!!

Kekeluargaan adalah ikatan yang akan berkekalan selamanya..bak kata bidalan Melayu ‘Air dicincang tidak akan putus’. Malah ada juga sebahagian yang mengatakan ‘ahh..adik beradik hanya dimasa kecil, bila sudah besar masing-masing membawa diri..lebih baik aku utamakan orang lain.’ Lihat!sungguh cetek pemikiran mereka.. Jika kamu mengutamakan orang lain..Ternyata kamu silap..hubungan kamu dan orang lain berkemungkinan putus di tengah jalan..Pada masa itu pada siapa kamu akan kembali??tentulah kepada keluarga tercinta..Jika kamu sakit,?susah?..siapa yang mengambil berat tentang kamu??Mungkin kini kamu memikirkan kamu mampu hidup membelakangi keluarga..namun di akhirnya kamu tetap akan merasa sepi dalam kehidupan..cuba renungkan..cukupkah kamu beraya dengan orang lain?cukupkah kamu hidup tanpa keluarga kandungmu?cukupkah??
‘Baik orang baik bermaksud’ aku sungguh setuju dengan ungkapan ini..fikirkan, ketika kamu muda,cantik bergetah..ketika kamu berharta yang berkepuk-kepuk..ketika kamu mempunyai kelebihan lain..ada sahaja yang mengelilingi kamu..bersama kamu..janji setia..ucapan sayang..semuanya indah memabukkan..namun jika kamu tiada kelebihan-kelebihan itu, adakah yang ingin bersama kamu??masih adakah muka-muka manis manja terhadap kamu??Begitu juga dengan kekeluargaan..baik mereka juga baik bermaksud..namun maksudnya lebih murni..fikir-fikirkan..

Jika kedua orang tua telah dipanggil Illahi..Ikatan adik beradik jangan diputuskan..Jika ada masalah, bertolak ansurlah antara kamu..Hanya mereka permata peninggalan orang tua..hanya mereka kenangan silam kita..hanya mereka selayaknya.Mungkin ada bisikan dari hati untuk mencurigai..tolong..bersihkan hati kamu..percayakan..dan jagalah ikatan ini.

Mungkin kamu sedang cuba membina keluarga sendiri, namun bagiku pembentukan keluarga sendiri memerlukan masa yang lama..aku tidak akan menggunakan perkataan keluarga jika ianya baru di awal perkahwinan..melainkan perkahwinan itu telah didirikan selama berpuluh tahun..yang mana kamu dan pasangan kamu telah mendapat kepercayaan dari pihak yang ‘berhak.’ Itulah yang sewajarnya bagi seseorang yang bertanggungjawab..(hihihi^^,)
Mungkin aku bukan pakar motivasi, ingin bersuara secara ‘live’ jauh sekali..aku hanya mampu mencoretkan motivasi diri aku sendiri dalam ruangan ini. Aku berazam untuk teguh dengan pemikiran ini..tidak kira semasa aku belajar..sambung belajar…bekerja..mendirikan rumahtangga..di dunia dan akhirat..Tanpa mereka siapalah aku..

‘Marilah kakak..marilah abang..Aku adikmu selamanya.’

Sunday, March 18, 2012

Ragam Manusia


Ada manusia yang macam anjing yang asyik menghidu-hidu kegiatan peribadi orang lain(amat melucukan)
Ada manusia yang suka menegakkan benang yang basah..
Ada manusia yang menjadi talam dua muka..
Ada manusia yang sudah angkuh apabila mendapat sedikit pemberian dari Allah swt..
Ada manusia yang tidak sedarkan diri (dirasuk dunia)

Ragam manusia yang bermacam..
Tak mampu diuruskan dengan kata-kata..
Perlu baiki hati..nescaya sang Ratu akan mampu..^^,
Aku berdoa aku tidak menjadi golongan ini..aminnn..

Sunday, March 4, 2012

Rindunya Hari Itu


Alangkah indahnya hari itu..Aku dapat bersama dia sepenuhnya..menatap wajahnya yang tenang bercahaya keimanan,Itulah dia..wali kedua dalam keluargaku, satu-satunya putera dalam keluarga kami..senang bersamanya.
Hari itu, dia seperti biasa menjengkelkan, namun aku tetap merasa terhibur dengan sikapnya. Beg tangan, beg galas malah kelengkapan peribadiku terlarang untuk dibawa. Dompet, telefon dan cermin mata memberat di poket seluar, aku merasakan kurang yakin dengan penampilanku hari itu, manakan tidak dengan bonjolan poket yang pastinya menampakkan aku sudah sewel..sambil menggetapkan gigi aku memujuk hati bahawa tiada sesiapa yang ku kenal akan melihatku di dalam keadaan sebegini...apalah difikirkannya?seseorang akan meragutku di tengah jalan nanti? ini semua langkah keselamatan keterlaluan..aku dapat bayangkan reaksi Ekah bila kuceritakan nanti. Sambil mendengus ketawa, aku mengekori sambil menolak-nolak dia dari belakang. .puas bila dapat membalas dendam..Dalam perjalanan kami tidak henti-henti berceloteh..ada saja isunya, namun aku masih menyimpan topik hangat yang ingin aku bincangkan pada masa yang sesuai..aku tidak mahu memulakannya dulu..sabar menunggu..Ohh..dia pula tidak henti-henti memberi nasihat dan cadangan untuk perniagaan kami..terlintas di mindaku ingin berpura terlelap, namun rugi pula bila difikirkan..ini saat yang amat berharga bagiku..celotehnya kedengaran amat bercita-cita tinggi, namun aku tadahkan telinga mendengarnya…

Tibanya di pusat pemborong, aku dan dia galak memilih baju jualan kami..aku perasan, corak dan citarasa dia amat teruk..corak harimau bintang?harimau belang?ohh..sudikah gadis membelanjakan wang untuk baju muslimah itu?sungguh melucukan abangku ini..kami menyambung perjalanan lagi..aku lega sebenarnya, dia tidak lagi berceloteh tentang cara berbisnes, namun dia dengan bersemangatnya menunjukkan tempat-tempat penting..lot rumah barunya, UKM, sekolah tempat dia bekerja sebagai ustaz, jalan laluan dia ke tempat kerja, tasik rekreasi..ohhh..menarik sangat!!aku memperli halus..kami ke kaunter tiket sambil dia memimpin tanganku..reaksinya bersahaja, namun aku juga senang, dia menjaga keselamatanku sepenuhnya..adanya disisi membuatku terasa selamat..benar-benar saat yang sempurna..Dia mengunci pintu kedai dari luar meninggalkan aku di dalam sementara bersolat di surau berdekatan, aku menunggunya sambil melayari internet..Kedainya kecil namun lengkap..yang pasti padat dengan produk bumiputera..coklat bumiputera..air mineral bumiputera..jubah..kot..buku..alahai..jika manusia halal dijual dia akan segera mengusahakannya fikirku…Dia kembali setelah 20 minit, tahu-tahu saja sudah membuka touchpad genit yang amat sepadan dengannya gelakku di dalam hati.Tut..tut..sudah ada pelajar lelaki di depanku, aku tertunduk diam..melalui perbualan,mereka jelas rapat..mujurlah dia tidak mengarahku mengambil wang dari lelaki itu, memandangkan aku berdekatan dengan mesin tunai..Aku amat berterima kasih dia mengerti..memang abang yang cukup prihatin..Kami bercadang ingin mencari stok tudung, memandangkan waktu amat terhad, aku mencadangkan agar dibatalkan saja, mujurlah dia menerimanya dengan baik.. jadi kami menuju ke rumah kak Ha..sepanjang perjalanan dia menceceh-ceceh seperti biasa..manakala aku mencelah sambil mengupas limau untuknya..lantas aku mengambil peluang membulinya dengan menyuapnya secara laju..aku terkekeh-kekeh melihat dia bersusah payah menelan jumlah yang padat di dalam mulutnya..selepas itu dia tidak membenarkan aku menyuapnya lagi..jadi aku dilucutkan jawatan kepada pengupas buah sahaja?aku mengeluh..

Dia mempunyai urusan di sepanjang jalan agaknya?gerutuku..ke Pasar, kedai kecantikan, bank..bla..bla..bla..pokoknya aku sering ditinggalkan keseorangan di dalam kereta, namun dia menyuruh ku menguncikan pintu segera..dikhuatiri apa-apa terjadi agaknya..aku juga risau keadaan di situ amat merbahaya..kadar jenayah tinggi..apa-apa saja boleh terjadi..jadi aku dengan peliknya mengikut arahan..ohh..kepalaku pening bila menyaksikan bandaraya di sana..warna yang terang, bangunan yang padat, tiada kehijauan yang ku sukai..sungguh memeningkan..aku berehat sambil menguatkan penyaman udara..bagaimanalah orang boleh tinggal di tempat seperti ini?tidak dinafikan suasana malam sungguh cantik, namun pulau haba seperti ini amat memudaratkan..jika di kampung gadis seusiaku sungguh galak jika dapat berhijrah ke sini..mereka buta sebenarnya komenku pedas..Dia kembali dengan membawa sekeping sabun, katanya mujarab untuk wajah..rupanya dia membelikannya untuk aku!!apa?teruk sangatkah wajahku??ujarku kepadanya..dia segera memberi komen-komen pedasnya tentang kulit wajahku yang kian teruk..apa-apa sajalah,fikirku..asalkan cela yang kian tumbuh ini hilang..dengan patuh aku mengambil sabun dan menyimpan objek itu di dalam poket yang kian membesar..Aku mengelamun sepanjang perjalanan sambil diiringi celoteh dia, ada saja topik syarahannya..berbisnes sambil belajar, perancangan kerjaya selepas belajar..aduh!mati kebosananku nanti..lega rasanya setelah kami telah tiba di rumah Kak Ha, aku sebenarnya ternanti-nantikan saat ini..Si kecil Annur Maisara lantas ku peluk erat, ku kucup pipi bulatnya sepuas hati, Maisara juga seperti aku yang kerinduan, mata bulatnya tidak lekang memandangku, seakan tidak percaya aku akan tiba di rumah baru mereka. Abang pula asyik memujuk Maisara mendekatinya..aku tersedak ketawa melihat kelakuan abangku, agak janggal melihat dia berkelakuan seperti itu. .Lama kami berehat di rumah kak Ha..melihat dirinya yang agak keletihan memandu, aku dengan bermurah hati mengurut belakangnya secara ringkas..senang hatiku melihat dia, berehat dari segala kerja kerasnya..dari segalanya yang memeningkan dia. Buat seketika, dia kembali menjadi abangku..abang yang ku manjakan..orang yang melayan kerenah nakalku ketika aku kecil.. yang membelikanku buah tangan selepas penat mengayuh basikal dari sekolah..abang yang mengajar ku matematik, silat..berbisnes..ohhh…banyak sangat!!!(otak ku memekik). Abang sempat meneroka rumah kak Ha..mungkin dia risau dikhuatiri ada sesuatu yang tidak elok..namun setelah solat dia menyimpulkan semuanya baik-baik saja..berat hati rasanya meninggalkan si kecil Maisara, namun apakan daya, aku hanya ibu saudara..aku hanya mampu menyeka air mata melihat Maisara manangis-nangis mahukan aku membawanya bersama..Abang hanya mampu melihat sementara kak Ha memujuk si kecil itu dengan lembut..

Di dalam kenderaan, abang membuka touchpad genitnya lagi, kali ini dia menyuruhku memandu arah dengan menggunakan peta yang terpapar..aku dengan senang hati mengikuti arahannya, asalkan bukan topik bisnes fikirku..Kami berjaya mencari jalan keluar dari perumahan Kg. Changkat yang sesak itu..walaupun kami telah tersasar beberapa kali akhirnya berjaya juga..dalam perjalanan dia asyik mengarahku merujuk peta, walhal wajahnya kelihatan tenang bukan seperti tadi semasa kami berusaha di Kg. Changkat…lama aku merujuk peta sambil memberitahu nama kawasan yang kami lalui..kadang-kadang aku terlepas pandang, seperti biasa dia akan segera mencemuh bahawasanya aku seorang yang tidak peka..apa?dia fikir aku serangga bermata lapan yang boleh melihat semua?gerutuku di dalam hati..idea jahatku tiba-tiba meledak..memandangkan aku sebagai pemandu arah, aku akan memberikan dia arah yang salah!Tetapi..idea itu segera kelihatan bodoh bila ku terpandang wajahnya ..dia tenang..seolah-olah tiada apa yang mengganggu dalam mindanya..Ohh..Ohh..aku segera mengerti!!Rupanya dia tahu!dia sengaja mengarah-arahkan ku melihat peta yang membosankan itu!!Aku meledak membebel-bebel kepadanya..geram..mahu saja aku tarik janggutnya sekarang..dia hanya senyum sinis malah mengarahkanku meneruskan agenda bosannya..dia memberikan alasan sambil terkekeh-kekeh mentertawakanku..alasannya supaya aku berlatih melihat peta..memang menyirapkan darah..Tiba-tiba..dia memulakan topik hangat itu..aku bernyanyi riang di dalam hati..Dia menceritakan serba sedikit tentang itu, manakala aku mencelah dengan berhati-hati..malah aku juga menceritakan serba sedikit perasaan orang tua kami..dan akhirnya dia menjanjikan yang sepatutnya terjadi mengikut syariat..namun aku tidak juga berasa lega..entah apa yang dirancang abangku ini..seakan-akan dia mempunyai perancangan tersembunyi..aku menggelamun dalam diam, jika aku punyai pintu masa Doremon, aku ingin pulang ke tahun 2006, di mana aku boleh mengubah cinta silamku yang sia-sia dan juga  kisah  abangku..aku mengeluh memikirkan masa lalu..Dia mencuit lenganku..rupanya kami sudah sampai di rumah Along..agaknya hampir tengah malam..Abang mengambil keputusan untuk singgah sebentar di rumah Along sambil sebelum dia kembali..Along telah menghidangkan juadah kami..aku makan bersama dia..hatiku gelisah lagi..saat perpisahan kali ini semakin hampir..aku tidak pasti dia pun berasa sepertiku, aku makan sambil mencuri-curi mengawasi riak wajahnya..ohh..aku pasti rindukan dia..getirku di dalam hati..tidak lama kemudian, dia menyuarakan hasratnya, dia ingin pulang..Kami bersalaman, aku mengucup kedua pipi cengkungnya..mata ku berair sewaktu mengiringinya ke kereta..mujurlah suasana gelap, dia mungkin tidak perasankan ini..aku kengerian memikirkan dia melihatku menangis…mungkin aku diketawakannya..kata-kata akhirnya adalah mngarahkanku kembali dan menguncikan pintu jeriji..aku tersedak..dalam saat-saat begini pun dia masih mengutamakan keselamatanku..sungguh mengharukan..Dan kereta hitam itu meluncur perlahan pergi…meninggalkan aku bersama air mata di sebalik jeriji.
Itulah dia ANRose, abang yang kucintai, sanjungi sepenuh hati, tidak dinafikan, dia menjengkelkan, menyakitkan hati malah dianggap pelik.. Namun aku tetap menyanyangi dia..aku tidak malu untuk merangkul..mengucup dan berpimpin tangan dengannya kerana dia adalah mahramku..Bagiku dia adalah lelaki kedua setelah abah yang benar-benar mencintai aku seihklas hati.

Abang,
Ini ukhti mu Syuhada AsSolihaat Rosli menyatakan cinta padamu.
Aku menyayangi dirimu..