Monday, February 25, 2013

Mak Jemah Aku


Nak cerita sal Mak Jemah ni,
Mak jemah ni over sangat..
Penyebok..
Membebel..
Mendesak..
Banyak cakap..
Mulut tak henti-henti ngomel..
Kalot..selalu nak tahu sal orang..bergosip..
Hehe..Mak Jemah ni advance taww!!
Ni gambar Mak Jemah..kelass gitu!!






Saturday, February 16, 2013

Mawar Hitam



Telah aku ingatkan..di awal-awal musim lalu..
Aku mawar hitam..aku berduri..Aku penjara..Aku hempedu..Aku berpengalaman..
Namun, jika untuk kamu..aku berduri tapi dalam masa yang sama harum semerbak..
Aku boleh bertukar madu..aku boleh menjadi selembut kapas..mengindahkan.

Namun akhir-akhir ini aku pedih..
Dan aku membalas dengan kepedihan..maaf..belum tiba masanya aku menuruti..
Suatu masa nanti,jika kamu memetik dan menanamku di dalam rumah mu..
Akan ku menjadikan kamu sentiasa senang dengan ku..akan ku harumkan rumah mu.
Kerana..
Aku mawar yang matang..berwaspada..sentiasa menajamkan deria..
Sejujurnya..
Aku tidak mampu meninggalkan..apatah lagi melepaskan..
Aku seikhlas-ikhlasnya mencintai dan menyayangi..

Namun..
Andai ini penjara sudah tidak indah bagi kamu..
Luahkan padaku..beritahu aku..
Selagi ku mampu, penjara ini akan ku hiaskan untuk kamu..
Andai kamu telah jemu dengan hiasan ini..akan ku pelbagaikan variasi..
Namun jika kamu tidak lagi menyukai hiasan dari ku..
Penjara ini, kamu robohkanlah, jadikan ia padang yang luas,
Yang mana kamu bebas berlari bersama siapa sahaja..

Andai kamu tidak lagi menyukai pengajaran dari hempedu yang aku berikan,
Aku tidak mampu berbuat apa-apa..
Aku hanya meminta 2/5 dari kamu..bukan memaksa..
Aku merajuk untuk seketika..namun aku jua yang memujuk..
Mungkin aku negatif..tapi semua itu untuk hasil yang positif..
Caraku penolakan..tetapi aku mahukan..
Aku mahukan hidup bersama kamu..dan mengaharapkan kamu sama sepertiku..

Salam sayang,
S.A.R