Tuesday, December 30, 2014

BFF I


Pagi yang dingin..suasana aman damai..mendung..
Entah kenapa, mengingatkan aku suasana yang sama pada 8 tahun yang dulu..hari yang dingin..suasana aman damai..mendung..entah kenapa, mengingatkan aku suasana yang sama pada 8 tahun yang dulu..

Pagi yang sebegini, aku dan sahabat ku ponteng sekolah..kekekeke...berpeleseran di gerai mee celup, berfoya-foya di segenap laluan kampung dengan bermotosikal..hanya di dunia kami..wujud aku dan dia, berimaginasi entah ke penjuru alam mana, projek tanaman ganja, rumah aku dan rumah dia, nama gelaran pada kawan di sekolah, jejaka idaman..sehari suntuk merayau, namun aku sering merasakan masa cepat berlalu apabila kami bersama...kadangkala selepas waktu sekolah, kami merayau ke bandar, terkekek-kekek ketawa membisikkan sesuatu di telinga satu sama lain, sudah menjadi kebiasaan..memerhatikan gelagat manusia aneh dan ketawa bersama..huhu..

Sahabat karib ku sungguh istimewa orangnya, dia dari susur galur yang sama dengan ku, seorang yang lantang berbicara tapi bukan seorang yang serius, keras kepala dan berimaginasi tinggi, dia akan mempamerkan riak wajah yang sama apabila melakukan sesuatu yang nakal, amat sensitif bila mengusik tubuh badannya yang berisi, dia seorang yang pantang dicabar, jika dia mahu dia akan dapat, hanya dia memahami kegilaan aku, kami banyak persamaan, dari fizikal ke mental, dia sama gilanya dengan aku...namun, sejak akhir-akhir ini, aku melihat dirinya semakin matang, manakala aku masih di takuk yang sama (dia mula menyukai drama melayu)

Kini, kami di dunia berbeza, dia bekerja di sebuah butik di luar negeri sementara menunggu penempatan lokasi kerja, aku pula melepak di rumah sambil menunggu melanjutkan pelajaran..kadangkala kami bertukar pesanan ringkas, bergurau senda..tapi aku mahu seperti dulu..berfoya-foya tanpa tanggungjawab..aku menunggu kepulangannya..

Aku tidak pernah memberitahunya bahawa, sejak 12 tahun yang lalu aku melihat cerminan diriku tiap kali memandangnya..untuk sahabat karibku yang tiada logika serba gila-gila : 

Asma Atyqah Bt Yasin!!! I tunggu U balik!!jom berfoya-foya! :-) 


Wednesday, December 24, 2014

Banjir (Disember 2014)


Sepanjang hayatku selama 24 tahun, banjir tahun ini terburuk, tidak pernah aku melihat suasana seperti ini, kaum kerabat ku, sahabat handai yang sedang kesusahan di sana, lindungi mereka Ya Allah..di saat genting begini, hanya pada Mu aku meminta pertolongan..

Kaum kerabatku yang berada di Kuala Krai telah berpindah ke pusat perlindungan banjir, aku pada mulanya tidak percaya, rumah maktok dan ibu saudaraku di kaki bukit tenggelam, yang tinggal hanyalah bumbung, walhal lokasi rumah mereka agak tinggi jika di bandingkan rumah penduduk lain.

Sahabat ku yang bekerja di Lojing, terperangkap di sana kerana semua laluan ditutup dek tanah runtuh, yang bekerja di Gua Musang juga mengalami situasi yang hampir sama (agaklah), kami terputus hubungan, tiada khabar berita..berita terakhir yang aku terima, bekalan elektrik terputus dan permohonan maaf jika ada salah laku, sebak hati memikirkan..manakala sahabatku yang berada di Rantau Panjang dan Pasir Mas pula berada di dalam kerunsingan dek paras air yang semakin naik..Aku di Pasir Puteh kegilaan risaukan mereka...di tempat ku banjir hanya di kawasan pedalaman, tapi ribut di sini kencang sekali..kelmarin, sewaktu aku keluar ke CC berdekatan, nyaris motosikal yang ku naiki terbalik..

Aku risaukan mereka, adakah mereka sihat?bagaimana dengan makan, minum, dan keperluan mereka..harta benda mereka bagaimana?tak dapat ku bayangkan..aku di sini hanya mampu berdoa, ada juga aku menceroboh Whatsapp ummi dan abah, aku mengiklankan tenaga sukarelawan..aku sudi membantu semampu ku..

Hanya Allah yang tahu, hikmah di sebalik kejadian ini, namun ya Allah, lindungilah mereka, selamatkan mereka, tabahkan dan tenangkan hati mereka..semoga mereka terus kuat dalam menghadapi ujian ini.

Mendoakan dari jauh,
S.A.R
T-T

Thursday, November 20, 2014

Come Inside


Come into my heart and you keep coming to my heart
Only i can hear you, i keep hearing you
I draw you out everyday and smile
I try to hide it but now i only see you forever

Unbelievably, this moment make me tremble
Without knowing i find myself looking for you
I'm falling for you more and more
I tried to push you away but in the end, it's you
I want to know you little more and i want to have you
Even the painful tears, even my sad memories
I forgot them all and i only looking for you

I'm happy by just looking at you, but the happy moments make me scared
My hidden heart finally want to hold you
It was love, the one person who was hidden
That was you, the person who will stay by my side
I draw you out all day and smile
I try to hide it but now i only looking at you forever

I try to hide it but now i only looking at you forever
T-T

Thursday, November 6, 2014

Putus Asa


Waktu kau di sini,
aku tidak mampu berbalas pandangan mu,
melihatmu buat hati menangis,
langkahmu bagai kapas yang berterbangan,
lihat mataku dan kau akan tahu,
kau sungguh istimewa,
tapi, aku menakutkan..aku yang pelik..
mengapa aku di sini?tempatku bukan di sini.

Aku harap aku yang teristimewa..
punya tubuh badan yang sempurna, jiwa yang sempurna,
aku mahu ketiadaanku disedari
Buat apa saja yang kau mahu,apa saja yang buat kau bahagia,

gadis itu pergi lagi, melarikan diri..lari..lari dan lari..

Friday, October 31, 2014

Di Awal Pagi



Pagi ini..kedengaran suara ummi mengejutkan aku...walhal ak telah awal-awal lagi bangun dari tidurku dek sakit yang mencucuk-cucuk..aku bangun perlahan-lahan dan membuka tingkap kamarku..pagi yang indah fikirku...ku selak rambutku yang menutup dahi..dan aku termenung sejenak..

Ummi..ku rasakan sakit ku semakin teruk..maaf kadangkala aku berkasar dalam menjawab panggilan mu..maaf kadangkala aku moody, acuh tak acuh melayan permintaan mu...

Pembedahan??oh..ummi,aku sudah tidak mampu menanggung sakit..aku perit...cukuplah dua kali ummi...Berubat?dah banyak hospital kita rujuk ummi..semuanya sama..pil..pembedahan..
lagipun aku sudah malu..semuanya doktor lelaki..biarlah begini, jika ditakdirkan umurku singkat, aku redha..jika difikirkan ada baiknya..aku sempat bertaubat nasuha..memandangkan dosaku bertimbun.. 

Kahwin??oh...ummi..aku sudah tidak bermimpi tentang itu...ada sedikit rasa minat pada lelaki..namun apakan daya..aku tidak sempurna..kalau ada jodoh adalah..aku pula bukan secantik rupa, berpenyakit pula..hurmm..

Sambung belajar??ye ummi..itulah yang sebaiknya..mengisi masa dan kekosongan yang sedang aku alami..ummi aku telah memohon..doakan semoga dipermudahkan ye ummi?

Ummi..dirimu sentiasa ku sayangi..hadir di dalam doaku selepas solat..i love you :-) 

Tuesday, September 23, 2014

Pilihan Masa Depan


Tahun 2014..
Semuanya berakhir, kekusutan dan ijazah pertamaku..
Aku berhijrah..mengubah mindset..segalanya..
Aku mendapati,kini aku lebih fokus..fokus pada masa depanku.

Kawan-kawan sibuk mencari kerja,ada yang berjaya dan ada yang tidak,dan aku kini salah seorang dari mereka yang menganggur, ketandusan wang untuk konvo..
Bercakap tentang kerjaya, seseorang pernah mengatakan pada ku.. "Do what you good at..it a bonus if you like what you good at". Jadi, sejak hari itu, aku berfikir arah mana perlu ku tuju..
pada mulanya aku mensasarkan kerjaya melibatkan kemasyarakat, kerana aku mendapati aku agak berbakat dalam membantu orang.(perasan)...jadi aku memohon dalam SPA dan meletakkan diri ku didalam penantian yang tidak pasti..huhu..

Namun, sejak kebelakangan ini aku merenung kembali, aku meneliti gaya hidup, karakter diri dan apa yang aku suka..aku membandingkan kerjaya dan diri..
Hasilnya, aku mendapati aku selesa dengan gaya hidup kampus..yang mana ianya bukan perkara rutin yang membosankan..dan aku sememangnya tidak gemarkan jadual..rutin..sebagainya..
Dengan analisis yang ku buat, aku memutuskan untuk menyambung pengajian..upgred diri..hihihi..
Dan sasaran kerjaya yang baruku adalah sebagai pensyarah..dan abang kesayanganku juga menyokong...
Bidang yang menjadi pilihanku adalah sains sosial yang mana melibatkan kemasyarkatan..jadi kesimpulannya aku akan mendapat kedua-duanya..bakat dan minat..hihihi..

Semoga perancangan ini dipermudahkan olehNYA..amin..(^^,)

Kebahagiaan


Aku mencari erti kebahagiaan
Ku fikir ia wujud di sesuatu tempat
Selepas tengah malam, sedikit demi sedikit
lampu dimatikan lagi
Rutin yang sama..

Aku bangun dari mimpi, di bilik tidur ini juga
Satu lagi malam yang membosankan
Ku terbaring merenung tingkap
Sebelum malam bertukar siang,
Aku sedar
Aku mencari di bintang yang tidak dapat ku lihat.

Aku membuka tingkap
Angin malam menyapu pipi
Fikirku ia mungkin bukti berputar bumi
Jika ku bergerak, banyak perkara akan berubah
Seperti mana angin dan perubahan arahnya..
Adakah angin mengatakan bahawa?
Aku mencari erti kebahagiaan yang sia-sia
Perjalanan tanpa petunjuk.
Yang ditentukan oleh angin.

Aku mncari cinta tanpa mengetahui maknanya.
Walaupun ia adalah di sini
Yang mana aku bahagia bersendirian..

Sunday, September 21, 2014

Mawar


Cinta ku seperti mawar merah
Ia mungkin cantik awalnya
Tapi duri akan menyakiti mu
Cinta ku seperti mawar merah
Ya, aku mungkin wangi
Namun semakin kau dekat, semakin kau pedih..

Jangan memandangku dengan harapan
Jangan kau mengucapkan cinta dengan mudah
Jika hatiku ku kau inginkan, bersedialah
Kerana kau akan dilukai

Jangan terlalu percayakan ku
Ku belum kau kenal
Jadi pergilah..

Jangan mencintai ku
Kerana ku belum kau kenal
Jangan kau hampiri ku..

Emosi?? Jangan kau bazirkan
Cinta?? Jangan kau obses
Pergilah..



Monday, April 28, 2014

57

Doa untuk Abah

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku.
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu ya Allah
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-kakakku, dan untukMu
Seora
ng lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang mengharapkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang mengharapkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang mengharapkan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan impian besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi UjianMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu untuk mentarbiah kami
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkah, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu 
Amin Ya Allah…


Selamat Hari Lahir Ke 57 Abah J