Tuesday, September 23, 2014

Pilihan Masa Depan


Tahun 2014..
Semuanya berakhir, kekusutan dan ijazah pertamaku..
Aku berhijrah..mengubah mindset..segalanya..
Aku mendapati,kini aku lebih fokus..fokus pada masa depanku.

Kawan-kawan sibuk mencari kerja,ada yang berjaya dan ada yang tidak,dan aku kini salah seorang dari mereka yang menganggur, ketandusan wang untuk konvo..
Bercakap tentang kerjaya, seseorang pernah mengatakan pada ku.. "Do what you good at..it a bonus if you like what you good at". Jadi, sejak hari itu, aku berfikir arah mana perlu ku tuju..
pada mulanya aku mensasarkan kerjaya melibatkan kemasyarakat, kerana aku mendapati aku agak berbakat dalam membantu orang.(perasan)...jadi aku memohon dalam SPA dan meletakkan diri ku didalam penantian yang tidak pasti..huhu..

Namun, sejak kebelakangan ini aku merenung kembali, aku meneliti gaya hidup, karakter diri dan apa yang aku suka..aku membandingkan kerjaya dan diri..
Hasilnya, aku mendapati aku selesa dengan gaya hidup kampus..yang mana ianya bukan perkara rutin yang membosankan..dan aku sememangnya tidak gemarkan jadual..rutin..sebagainya..
Dengan analisis yang ku buat, aku memutuskan untuk menyambung pengajian..upgred diri..hihihi..
Dan sasaran kerjaya yang baruku adalah sebagai pensyarah..dan abang kesayanganku juga menyokong...
Bidang yang menjadi pilihanku adalah sains sosial yang mana melibatkan kemasyarkatan..jadi kesimpulannya aku akan mendapat kedua-duanya..bakat dan minat..hihihi..

Semoga perancangan ini dipermudahkan olehNYA..amin..(^^,)

Kebahagiaan


Aku mencari erti kebahagiaan
Ku fikir ia wujud di sesuatu tempat
Selepas tengah malam, sedikit demi sedikit
lampu dimatikan lagi
Rutin yang sama..

Aku bangun dari mimpi, di bilik tidur ini juga
Satu lagi malam yang membosankan
Ku terbaring merenung tingkap
Sebelum malam bertukar siang,
Aku sedar
Aku mencari di bintang yang tidak dapat ku lihat.

Aku membuka tingkap
Angin malam menyapu pipi
Fikirku ia mungkin bukti berputar bumi
Jika ku bergerak, banyak perkara akan berubah
Seperti mana angin dan perubahan arahnya..
Adakah angin mengatakan bahawa?
Aku mencari erti kebahagiaan yang sia-sia
Perjalanan tanpa petunjuk.
Yang ditentukan oleh angin.

Aku mncari cinta tanpa mengetahui maknanya.
Walaupun ia adalah di sini
Yang mana aku bahagia bersendirian..

Sunday, September 21, 2014

Mawar


Cinta ku seperti mawar merah
Ia mungkin cantik awalnya
Tapi duri akan menyakiti mu
Cinta ku seperti mawar merah
Ya, aku mungkin wangi
Namun semakin kau dekat, semakin kau pedih..

Jangan memandangku dengan harapan
Jangan kau mengucapkan cinta dengan mudah
Jika hatiku ku kau inginkan, bersedialah
Kerana kau akan dilukai

Jangan terlalu percayakan ku
Ku belum kau kenal
Jadi pergilah..

Jangan mencintai ku
Kerana ku belum kau kenal
Jangan kau hampiri ku..

Emosi?? Jangan kau bazirkan
Cinta?? Jangan kau obses
Pergilah..