Tuesday, September 23, 2014

Pilihan Masa Depan


Tahun 2014..
Semuanya berakhir, kekusutan dan ijazah pertamaku..
Aku berhijrah..mengubah mindset..segalanya..
Aku mendapati,kini aku lebih fokus..fokus pada masa depanku.

Kawan-kawan sibuk mencari kerja,ada yang berjaya dan ada yang tidak,dan aku kini salah seorang dari mereka yang menganggur, ketandusan wang untuk konvo..
Bercakap tentang kerjaya, seseorang pernah mengatakan pada ku.. "Do what you good at..it a bonus if you like what you good at". Jadi, sejak hari itu, aku berfikir arah mana perlu ku tuju..
pada mulanya aku mensasarkan kerjaya melibatkan kemasyarakat, kerana aku mendapati aku agak berbakat dalam membantu orang.(perasan)...jadi aku memohon dalam SPA dan meletakkan diri ku didalam penantian yang tidak pasti..huhu..

Namun, sejak kebelakangan ini aku merenung kembali, aku meneliti gaya hidup, karakter diri dan apa yang aku suka..aku membandingkan kerjaya dan diri..
Hasilnya, aku mendapati aku selesa dengan gaya hidup kampus..yang mana ianya bukan perkara rutin yang membosankan..dan aku sememangnya tidak gemarkan jadual..rutin..sebagainya..
Dengan analisis yang ku buat, aku memutuskan untuk menyambung pengajian..upgred diri..hihihi..
Dan sasaran kerjaya yang baruku adalah sebagai pensyarah..dan abang kesayanganku juga menyokong...
Bidang yang menjadi pilihanku adalah sains sosial yang mana melibatkan kemasyarkatan..jadi kesimpulannya aku akan mendapat kedua-duanya..bakat dan minat..hihihi..

Semoga perancangan ini dipermudahkan olehNYA..amin..(^^,)

1 comment: