Wednesday, December 24, 2014

Banjir (Disember 2014)


Sepanjang hayatku selama 24 tahun, banjir tahun ini terburuk, tidak pernah aku melihat suasana seperti ini, kaum kerabat ku, sahabat handai yang sedang kesusahan di sana, lindungi mereka Ya Allah..di saat genting begini, hanya pada Mu aku meminta pertolongan..

Kaum kerabatku yang berada di Kuala Krai telah berpindah ke pusat perlindungan banjir, aku pada mulanya tidak percaya, rumah maktok dan ibu saudaraku di kaki bukit tenggelam, yang tinggal hanyalah bumbung, walhal lokasi rumah mereka agak tinggi jika di bandingkan rumah penduduk lain.

Sahabat ku yang bekerja di Lojing, terperangkap di sana kerana semua laluan ditutup dek tanah runtuh, yang bekerja di Gua Musang juga mengalami situasi yang hampir sama (agaklah), kami terputus hubungan, tiada khabar berita..berita terakhir yang aku terima, bekalan elektrik terputus dan permohonan maaf jika ada salah laku, sebak hati memikirkan..manakala sahabatku yang berada di Rantau Panjang dan Pasir Mas pula berada di dalam kerunsingan dek paras air yang semakin naik..Aku di Pasir Puteh kegilaan risaukan mereka...di tempat ku banjir hanya di kawasan pedalaman, tapi ribut di sini kencang sekali..kelmarin, sewaktu aku keluar ke CC berdekatan, nyaris motosikal yang ku naiki terbalik..

Aku risaukan mereka, adakah mereka sihat?bagaimana dengan makan, minum, dan keperluan mereka..harta benda mereka bagaimana?tak dapat ku bayangkan..aku di sini hanya mampu berdoa, ada juga aku menceroboh Whatsapp ummi dan abah, aku mengiklankan tenaga sukarelawan..aku sudi membantu semampu ku..

Hanya Allah yang tahu, hikmah di sebalik kejadian ini, namun ya Allah, lindungilah mereka, selamatkan mereka, tabahkan dan tenangkan hati mereka..semoga mereka terus kuat dalam menghadapi ujian ini.

Mendoakan dari jauh,
S.A.R
T-T

1 comment: