Tuesday, December 30, 2014

BFF I


Pagi yang dingin..suasana aman damai..mendung..
Entah kenapa, mengingatkan aku suasana yang sama pada 8 tahun yang dulu..hari yang dingin..suasana aman damai..mendung..entah kenapa, mengingatkan aku suasana yang sama pada 8 tahun yang dulu..

Pagi yang sebegini, aku dan sahabat ku ponteng sekolah..kekekeke...berpeleseran di gerai mee celup, berfoya-foya di segenap laluan kampung dengan bermotosikal..hanya di dunia kami..wujud aku dan dia, berimaginasi entah ke penjuru alam mana, projek tanaman ganja, rumah aku dan rumah dia, nama gelaran pada kawan di sekolah, jejaka idaman..sehari suntuk merayau, namun aku sering merasakan masa cepat berlalu apabila kami bersama...kadangkala selepas waktu sekolah, kami merayau ke bandar, terkekek-kekek ketawa membisikkan sesuatu di telinga satu sama lain, sudah menjadi kebiasaan..memerhatikan gelagat manusia aneh dan ketawa bersama..huhu..

Sahabat karib ku sungguh istimewa orangnya, dia dari susur galur yang sama dengan ku, seorang yang lantang berbicara tapi bukan seorang yang serius, keras kepala dan berimaginasi tinggi, dia akan mempamerkan riak wajah yang sama apabila melakukan sesuatu yang nakal, amat sensitif bila mengusik tubuh badannya yang berisi, dia seorang yang pantang dicabar, jika dia mahu dia akan dapat, hanya dia memahami kegilaan aku, kami banyak persamaan, dari fizikal ke mental, dia sama gilanya dengan aku...namun, sejak akhir-akhir ini, aku melihat dirinya semakin matang, manakala aku masih di takuk yang sama (dia mula menyukai drama melayu)

Kini, kami di dunia berbeza, dia bekerja di sebuah butik di luar negeri sementara menunggu penempatan lokasi kerja, aku pula melepak di rumah sambil menunggu melanjutkan pelajaran..kadangkala kami bertukar pesanan ringkas, bergurau senda..tapi aku mahu seperti dulu..berfoya-foya tanpa tanggungjawab..aku menunggu kepulangannya..

Aku tidak pernah memberitahunya bahawa, sejak 12 tahun yang lalu aku melihat cerminan diriku tiap kali memandangnya..untuk sahabat karibku yang tiada logika serba gila-gila : 

Asma Atyqah Bt Yasin!!! I tunggu U balik!!jom berfoya-foya! :-) 


1 comment: