Sunday, March 8, 2015

Masterjie

Tengah malam, terasa ingin menulis. Di hamparan ini berbaring sambil melayan hembusan angin hujan..tempiasnya sungguh menyegarkan. Bertemankan bunyi petir, ku menggambarkam perasaan ketika ini.

'Sarjana' terasa tiada yang istimewa, hanya biasa-biasa, bersama dua sahabat sejati, aku menganggarkan tempohnya selama 1/2 tahun sahaja. Selepas itu perancangan ku untuk mencari pekerjaan, jika ada jodoh berkahwin..tetapi siapakah atau sudikah?hurmm...perjanjian yang tiada kepastian, masih boleh dipegang atau tidak?susah memahami bahasa lelaki..aku tidak pasti. 

Di tahun dan tempat baru ini, aku mahu merasa perubahan pada diri..aku cuba berubah, menjadi lebih matang, lebih menghargai diri sendiri, lebih peka, melupakan apa yang patut dilupakan..namun ianya sia-sia. Masih menulis surat cinta yang tidak pernah dapat ku hantar, masih terkekang, membebankan diri sendiri dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Satu perkara yang menjadi peringatan diri sendiri, tiada sesiapa yang lebih menyayangi diri ku lebih dari aku sendiri, jika aku rebah, tiada yang akan menghulur tangan, yang jatuh akan dipijak-pijak. Jadi aku tidak boleh gagal, harus kuat dan berusaha bersungguh-sungguh, demi mencapai target dan meletakkan diri di zon selamat. Aku harap aku berjaya.

#masihsetiapadajanji3tahunlagi T-T